Harimau jadian atau juga dikenali sebagai harimau akuan [1]dalam budaya Melayu dan orang asli, antaranya orang Semai[2], merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.
Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.
Di antara persediaan puja (menjamu) ialah pulut kuning, ayam panggang, telur dadar, telur 3 biji, lempeng sekeping, sirih pinang sepiak, darah ayam (yang di panggang tadi), bertih (padi di goreng), dan beberapa pekara lagi. Antara bacaan jampi atau mentera ialah:
Bahasa Kelantan: "Hei jin 4, jin asal, jin sama-sama jadi dengan dewa, hei dewa sang kaki 4 nenek putrakala raja dirimba, mu turun mari mengadap sekelian raja jin, aku nak minta mu lah.........”(dan beberapa patah perkataan lagi)
Sumber: Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.
Photo Credit: Google Images |
Matlamat
Harimau jadian alias harimau cindaku biasanya dituntut bagi tujuan mempertahankan diri dan menjaga keturunannya dari serangan harimau nyata. Harimau cindaku berasal dari tanah sumatra. Ilmu harimau ini akan turun temurun ke generasi berikutnya. Raja-raja terdahulu ditanah sumatra terutama melayu, minang, dan suku rejang banyak yang memiliki ilmu harimau secara turun temurun. Harimau jadian juga boleh disalah gunakan bagi membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Bagi penuntut ilmu ini, merekaperlu membuang ilmu mereka atau mewariskannya kepada keturunan mereka sebelum mati. Sekiranya mereka mewariskan kepada keturunan mereka ia tergolong kedalam saka. Di Indonesia masih ada penganut Ilmu harimau yang dapat membenarkan dirinya berubah jadi harimau dan pemilik nya juga rata-rata mempunyai pendamping harimau.Kelebihan
- Harimau jadian biasanya membenarkan penuntutnya bertukar menjadi harimau dengan memiliki kekuatan luar biasa.
- Ia boleh menjelma sebagai separuh harimau atau harimau sebenar.
- Ia mampu (tidak semestinya) membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.
- Memiliki tindak balas yang sangat tinggi
- Memiliki silat Harimau yang tak perlu dipelajari, dengan sendirinya keluar jika diperlukan.
Kelemahan
- Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.
- Penuntutnya sukar untuk mati sekiranya ilmu itu tidak dibuang sebelum meninggal.
Penelitian secara ilmiah
Kemungkinannya ia digunakan bagi menakut-nakutkan orang lain daripada menganggu tanaman atau keselamatan orang yang mendakwa memiliki ilmu sedemikian. Selain itu perlu diingat bahawa sekitar 1930-an harimau masih banyak terdapat di Malaysia dan masih ada harimau yang berkeliaran dalam kampung pada waktu malam semasa itu, terutamanya di Terengganu, dan Kedah. Keadaan sedemikian mungkin mendorong timbulnya tuduhan harimau itu dipelihara seseorang dalam kampung tersebut.Amalan
Ia diamalkan oleh orang tua dahulu, kebiasaannya bomoh atau guru silat dengan memuja semangat harimau dan membaca jampi serapah.Ia diwariskan secara turun temurun (menjadi saka) apabila pengamalnya uzur atau sakit tenat. Kesannya amat buruk jika penerimanya tidak memahami secara jelas cara memuja (menjamu). Biasanya semangat itu dipanggil hala (harimau jadian) di negeri seperti Kelantan.Di antara persediaan puja (menjamu) ialah pulut kuning, ayam panggang, telur dadar, telur 3 biji, lempeng sekeping, sirih pinang sepiak, darah ayam (yang di panggang tadi), bertih (padi di goreng), dan beberapa pekara lagi. Antara bacaan jampi atau mentera ialah:
Bahasa Kelantan: "Hei jin 4, jin asal, jin sama-sama jadi dengan dewa, hei dewa sang kaki 4 nenek putrakala raja dirimba, mu turun mari mengadap sekelian raja jin, aku nak minta mu lah.........”(dan beberapa patah perkataan lagi)
Sumber: Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.